SMK ALAM MEGAH 2

Beretika, Berilmu, Berjaya

SMK ALAM MEGAH 2

Beretika, Berilmu, Berjaya
Berita Kami

Pelancaran Bulan Ramadhan

Pelancaran Bulan Ramadhan telah disempurnakan pada hari Isnin bersamaan 21 Mei 2018.  Bertujuan meningkatkan keazaman menyempurnakan ibadah di bulan Ramadhan dengan sempurna.

Majlis Anugerah Bestari 2018

Syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PBS dan SPM 2017.  Kejayaan yang diperolehi memerlukan pengorbanan dan usaha.  Selain usaha gigih para murid dan...

Pelancaran Minggu Kerjaya

Tema Minggu Kerjaya 2018 ialah Kerjaya Asas Kecemerlangan.  Pelancaran telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 23 April 2018. Program ini adalah salah satu kaedah yang boleh mengcungkil bakat dan potensi diri murid-murid.  Ini akan lebih menggalakkan para murid...

PT3

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

SPM

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Takwim Sekolah
Muat Turun Takwim Sekolah
Kami menyediakan takwim sekolah terkini untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun
Keterangan Lencana Sekolah
JALUR GEMILANG
14 Jalur Gemilang Negara Malaysia adalah untuk memupuk semangat patriotik di kalangan warga SMKAM2.
PERISAI UNGGU
Perisai berwarna ungu melambangkan identiti SMKAM 2 yang unggul dan padu dalam menjalankan semua aktiviti akademik dan kokurikulum.
BUKU & TAHUN
Buku menjadi kawan karib yang setia dalam mencapai kecemerlangan pembelajaran dan 2003 merupakan tahun penubuhan sekolah
OBOR
Obor bagi melahirkan murid yang gigih serta mempunyai semangat yang kental dan tidak mudah putus asa dalam menjana ilmu
MOTTO SEKOLAH
Motto ”Beretika, Berilmu,Berjaya ”melambangkan murid yang beradap mulia disamping mencapai kecemerlangan ilmu.
Piagam Pelanggan Sekolah
PIAGAM 1
Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
PIAGAM 4
Memantapkan hubungan kekeluargaan yang erat dalam kalangan pihak pengurusan , guru, staf sokongan dan murid untuk mewujudkan suasana yang harmoni.
PIAGAM 7
Sentiasa memelihara hubungan mesra dengan ibu bapa bagi mewujudkan kerjasama dua hala yang baik dan berkesan untuk pendidikan anak mereka.
PIAGAM 2
Memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan modal insan yang berilmu, beretika dan berjaya.
PIAGAM 5
Memilik semangat integriti yang tinggi demi perkhidmatan yang cemerlang.
PIAGAM 8
Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.
PIAGAM 3
Menyediakan prasarana yang lengkap, selamat, bersih dan ceria.
PIAGAM 6
Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan murid dan program sekolah.
PIAGAM 9
Berusaha melaksanakan segala arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dengan efisien pada setiap masa.
Lagu Sekolah
SMK Alam Megah 2
Penggerak wawasan yang mulia
Menjunjung hasrat maju dan berjaya
Lahirkan insan sempurna

Mengasuh emosi dan minda
Beretika berilmu Berjaya
Bina semangat jati diri bangsa
Berdisiplin berbudaya

Pendidikan berkualiti
Teras cita-cita murni
Membentuk warga bestari
Berjasa menabur bakti

Majulah dan terus cemerlang
Sekolah unggul terbilang
Berazam sentiasa gemilang
Abadi tetap dikenang

Ciptaan dan Lirik oleh Ramlan Harun

Objektif dan Misi Kami
Kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut
MISI KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia
VISI KAMI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
OBJEKTIF KPM
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ;

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara;

Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warnegara Malaysia.

MISI KAMI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Kemudahan Sekolah
SMK Alam Megah 2 lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif
Petunjuk Prestasi Utama Kami
KES PONTENG
Peratus Kes Murid Ponteng Sekolah bagi semua tingkatan menurun 0.01 (%) daripada 1.88% kepada 1.87%
KEDATANGAN MURID
Kedatangan Murid ke Sekolah bagi semua tingkatan 95%
KES DISIPLIN
Penurunan Kes Disiplin Peringkat Berat daripada 2.69% kepada 2.44%, Peringkat Sederhana daripada 1.22% kepada 1.04% dan Peringkat Ringan daripada 4.77% kepada 4.15%
KES MURID LEWAT
Peratus penurunan Kes Murid Lewat ke sekolah daripada 1.04% kepada 0.91%
PEPERIKSAAN
Pencapaian murid mendapat Keputusan: Lulus SPM 91%, GPS SPM 4.12, Cemerlang SPM 29 orang
SKOR KOMPOSIT
Meningkatkan Skor Komposit Sekolah daripada Band 4 kepada Band 3
Hubungi Kami
Jika ada sebarang masalah sila hubungi kami seperti maklumat di bawah. Kami akan cuba membantu anda

SMK Alam Megah 2

SMK Alam Megah 2

03-51922141
bea8653@btpnsel.edu.my
SMK Alam Megah 2, No. 1, Persiaran Kuala Langat, Seksyen 28, 40400, Shah Alam, Selangor