Hari Penetapan Target SPM dan PT3 serta Hari Terbuka murid tingkatan 2.  Program ini telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 11 Jan 2019. Ia bermatlamat untuk meningkatkan prestasi akademik dari segi kualiti dan kuantiti serta kemenjadian murid-murid SPM dan PT3.

Harapan Program ini

1. Ibubapa akan lebih peka terhadap perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak.

2. Ibubapa sedar akan tanggungjawab mereka dan dapat memberi sokongan penuh kepada anak-anak dan juga program sekolah.

3. Murid akan rasa lebih rapat dengan ibubapa dan dengan sokongan ibubapa secara tidak langsung murid akan lebih bersemangat ke arah kecemerlangan diri dan akademik.

%d bloggers like this: