Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 atau nama ringkasnya SMK Alam Megah 2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di No. 1, Persiaran Kuala Langat, Seksyen 28, Shah Alam, Selangor. Pada tahun 2003, SMK Alam Megah 2 telah dibuka dengan bahagian pentadbiran mula beroperasi. Semua pentadbir mula berkhidmat pada 1 Mac 2003. Tanggal 9 Jun 2003, SMK Alam Megah 2 ditubuhkan secara rasmi dengan seramai 20 orang guru dan 500 orang pelajar . Kebanyakkan pelajar perintis sekolah ini adalah murid dari SMK Alam Megah yang telah dipindahkan ke sekolah ini mengikut alamat kediaman mereka.

Pembangunan sekolah telah diselenggara pada tahun 2004 di mana segala kerosakkan dan kemudahan dibaik pulih seperti bumbung, kebocoran paip serta pendawaian bagi proses persekolahan berjalan dengan lancar. Urbanisasi SMK Alam Megah 2 semakin meluas dimana pentas dewan sekolah di Blok B dibina pada bulan Januari tahun 2005 dengan sumbangan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Seterusnya, pentas sekolah di Anjung Perdana mula dibina pada Julai 2007 dengan bantuan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En Mohd Wahi Bin Hj Samad dan sumbangan tiles dari koperasi sekolah. Pentas ini digunakan untuk majlis pertandingan dikir barat peringkat Negeri di mana SMK Alam Megah 2 menjadi pengerusi pertandingan.

Pengetua pertama ialah Pn Hjh Aishah Binti Shahul Hamed telah menabur bakti selama 4 tahun bermula pada Jun 2003 sehingga Februari 2007. Beliau telah bersara pada 9 Februari 2007. Namun, nama beliau tetap tersemadi di SMK Alam Megah 2 dengan pentas sekolah di blok B dinamakan Dewan Hjh Aishah. Pengetua kedua, Pn Hjh Zaharah Binti Ishak mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 April 2007. Selama 2 tahun beliau berjasa di SMK Alam Megah 2 pada 1 Ogos 2009 Pn Hjh Zaharah Binti Ishak bertukar ke SMK USJ 12. Setelah pemergian beliau, SMK Alam Megah 2 telah dipimpin oleh Pn Fazia Binti Mohamed pada 1 Ogos 2009 sehingga kini.

Kejayaan pertama menaikan nama sekolah dengan seorang murid pandu puteri yang bernama Cherlyn Anne dari tingkatan 4 Bakti telah terpilih sebagai wakil Negeri Selangor untuk menyertai pergembaraan belia ke Sarawak pada 13 Julai 2004. Pada 2008, sekolah telah menempah sejarah apabila dinobatkan naib johan anugerah lonjakan saujana SPM peringkat kebangsaan. Hadiah anugerah lonjakan tersebut (dalam bentuk wang) telah digunakan untuk membina 3 buah stor bawah tangga (blok B dan C), menaikkan taraf pejabat (cat), menaikkan taraf surau ( grill dan sliding door) dan penyelenggaraan alat penghawa dingin.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 terdiri dari 567 pelajar lelaki dan 632 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1199 orang. Guru pula seramai 73 orang dan 9 orang staf sokongan. Pada Disember 2009, sekolah telah menerima peruntukan dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk penyelenggaraan pendawaian letrik di makmal kimia dan bilik guru.

Pada tahun 2010 sekolah telah menerima peruntukan dari PPD untuk menaik taraf pam tangki air dan paip utama sekolah. Pihak sekolah telah menaik taraf bilik pengurusan diri dan membina dinding pemisah antara bengkel kayu dan bengkel paip serta sebuah stor di bengkel elektronik. Ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk mengikuti mata pelajaran bidang teknik dan vokasional.Pada tahun yang sama, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1206 orang yang terdiri dari 574 pelajar lelaki dan 632 pelajar perempuan. Manakala bilangan guru pula seramai 71 orang dan staf sokongan seramai 6 orang. Pada 23 Jun 2010, pihak sekolah sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan menjadi tuan rumah kepada lawatan “Study-Banding” guru-guru SM Kejuruan Negeri 1 Payakumbuh, Sumatera Indonesia dalam bidang Prinsip Perakaunan.

Pada 15 Disember 2010, pihak MBSA telah menghantar 150 pokok bunga anggerik dan sebuah pagola untuk memulakan Taman Orkid Anggerik di sekolah ini di bawah Program Promosi Orkid Anggerik memandangkan Shah Alam merupakan sebuah Bandaraya Anggerik. Alhamdulillah Puan Khadijah binti Hamlawi telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran di SMK USJ 12 pada 1hb Julai 2010.